Perlembagaan PEMADAM
Menceritakan perlembagaan PEMADAM dengan lebih mendalam dan terperinci.
PENAUNG
Penaung bagi Persatuan Kebangsaan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Penaung bagi Persatuan Daerah dalam sesuatu Negeri dan bagi jawatankuasa Penyelaras Negeri ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan.
Penasihat PEMADAM Kebangsaan hendaklah diwujudkan terdiri daripada bekas-bekas Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan yang masih berupaya dan perlantikan ini boleh diperbaharui atau dibuat perlantikan semula setiap 2 tahun sekali tidak melebihi daripada 5 orang.